banner

Saturday 1 February 2020

author photo
Cara Dan Pengalaman Daftar Surat Beranak Anak Luar Nikah | Beberapa tahun yang lepas, Cik Neslo ada terserempak dengan salah seorang kenalan lama. Dia pernah menceritakan pada saya yang dirinya pernah punya seorang 'Hamba Allah' yang telahpun selamat melahirkan seorang anak luar nikah. Siapa dan kenapa, itu semua saya tak tanya bagi menghormati tuan empunya diri walaupun beliau tak ada di situ.

Kenapa boleh tercetus topik itu tidak pula saya ingat. Kalau tak silap kami bercerita tentang kisah sekolah. Dan secara tak sedar, isu anak luar nikah ini ikut keluar sama. Iyalah, isu anak luar nikah ni dah lama sebenarnya. Cik Neslo masih ingat lagi semasa saya sedang berada di bangku sekolah menengah dulu, masa tu heboh dengan status bohsia dan bohjan. Naik risau tambah serabut jugalah mak Cik Neslo masa tu bila terfikirkan anak perempuan dia ni.


- sekadar gambar hiasan-


Berbalik pada cerita anak luar nikah tadi. Sahabat saya ini berceritakan akan pengalamannya dalam membantu Hamba Allah terbabit. Mujurlah berkat sokongan orang sekeliling seperti rakan saya ini, maka si empunya diri untuk kisah ini telah meneruskan kandungannya. Syukur juga apabila dikhabarkan yang si lelaki itu bersetuju untuk bertanggungjawab demi masa depan anak terbabit.

Kelahiran Anak Luar Nikah


Menurut apa yang sahabat saya ini ceritakan, kelahiran anak tersebut berjalan dengan lancar seawal kandungan lagi. Antara perkara yang perlu dan penting untuk dilakukan adalah :

  1. segera kahwinkan si pasangan sebelum kandungan makin membesar
  2. buat buku merah di Klinik Ibu & Anak - pihak hospital dan nurse bertugas akan rahsiakan
  3. lahirkan bayi seperti biasa di hospital dengan menggunakan sijil kahwin yang ada

Berkaitan prosedur lahirkan anak luar nikah di hospital tidak pula saya tanya. Tapi berdasarkan apa yang diberitahu 'si ibu' ini memang telah melahirkan anak di hospital tanpa sebarang masalah. Besar kemungkinan pihak hospital lebih fokus untuk kelahiran si anak dengan selamat bersama si ibu daripada sibuk hal status anak luar nikah.


Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Luar Nikah 


Untuk pengetahuan, cara buat surat beranak anak luar nikah lebih kurang sama sahaja prosesnya seperti pendaftaran anak yang lahir dalam pernikahan. Cara buat surat beranak anak luar nikah beserta proses dan langkah-langkah yang perlu dilakukan itu adalah. 

  1. si ibu yang baru melahirkan anak perlu pergi sendiri bersama pasangan untuk daftarkan kelahiran
  2. bawa buku merah semasa mengandung 
  3. bawa sijil perkahwinan
  4. bawa surat kelahiran yang memang akan diberikan oleh pihak hospital
  5. bawa kad pengenalan si pasangan yang original juga
  6. isikan borang dengan nama yang baik untuk anak


Lebih kurang sama kan cumanya rakan saya memberitahu yang si Ibu yang baru melahirkan anak itu perlu ada bersama semasa proses daftar surat beranak untuk anak luar nikah itu dilakukan.

Ini bertepatan dengan maklumat yang diperolehi dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara di mana, maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran (nama bapa tak ada di dalam surat beranak si anak)

MELAINKAN... 

dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut. Dalam erti kata lain, seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu kanak-kanak.

 Dan apabila saya bertanya adakah semuanya berjalan lancar? Jawapannya adalah YA! 

- sekadar gambar hiasan-


Penting! Berkaitan Dengan Nama Anak 


Seperkara lagi yang saya ingat, berdasarkan apa yang telah diberitahu oleh rakan saya itu. Si pasangan perlu berkahwin secara sah sebelum usia kandungan mencecah umur 5 bulan. Dalam erti kata lain, si pasangan perlu diijabkabulkan secara sah sebelum kandungan berumur 20 minggu. 

Menurutnya lagi, jika usia kandungan sudah berusia 5 bulan dan ke atas maka ia boleh mendatangkan masalah semasa proses pendaftaran ingin dilakukan. Antaranya, nama si anak tidak boleh diletakkan dengan nama bin atau binti si 'ayah'. 

Oh..... patutlah ada banyak kes di mana nama anak sukar untuk didaftarkan berserta dengan nama si ayah. Ada kena mengena dengan usia kandungan semasa perkahwinan sah itu dilakukan juga rupanya. 

- sekadar gambar hiasan-


Itulah serba sedikit info yang saya tahu berdasarkan perkongsian cerita dan pengalaman daripada salah seorang sahabat. Apa yang beliau ceritakan tentang bagaimana untuk mendaftarkan kelahiran anak tak sah taraf / anak luar nikah ini, saya kongsikan di sini... manalah tahu kalau-kalau dapat beri info pada sesiapa yang memerlukan. 

Sejujurnya, saya kongsikan panduan cara buat surat beranak anak luar nikah ini bukannya dengan niat yang tidak elok melainkan rasa kasihan pada si anak yang sama sekali tidak berdosa. Si ibu terlanjur itu bukannya atas kuasa kita untuk berkata apa-apa. Sedihnya ada para wanita yang menjadi mangsa rogol dan sebagainya hingga terpaksa hamil anak luar nikah begini.

Yang pasti, anak itu tak berdosa. Anak itu tidak bersalah. Jika benar-benar telah terlanjur, segeralah bertaubat kerana Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Teruskan kandungan walaupun anak itu dikatakan tak sah taraf atau anak luar nikah sekalipun. Didiklah dia dengan kasih sayang dan binalah kehidupan yang baru bersama-sama. 

your advertise here

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post