banner

Thursday 14 May 2020

author photo
Alhamdulillah pada kali ini kita dapat sekali lagi bertemu dengan 10 Malam terakhir di bulan Ramadhan. Malam yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh seluruh umat islam. Pada 10 malam terakhir inilah umat islam akan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah dan akan mengumpul seberapa banyak pahala. Pada waktu inilah masing-masing akan bangun pada waktu malam dan melakukan ibadat.



Salah Satu Keistimewaan 10 Malam Terakhir Ialah Malam Lailatul Qadar

Salah satu sebab kenapa umat islam berlumba-lumba melakukan ibadah pada 10 malam terakhir adalah kerana malam Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar ini sangat berbeza dengan malam-malam terakhir. Ini kerana, pada malam inilah segala apa yang kita lakukan mendapat ganjaran pahala yang sangat banyak.

Apa Yang Di Maksudkan Lailatul Qatar?

Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari.
Al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

  1. Malam yang lebih baik dari 1000 malam
  2. Malaikat dan Jibril turun
  3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan
  4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar
  5. Diampunkan Segala dosa.

Bilakah Malam Lailatul Qadar Bakal Berlaku?

Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah waktu berlakunya Lailatul Qadar? Tiada siapa yang boleh dapat tahu bilakah waktu yang tepat berlakuya Lailatul Qadar. Cuma ia mungkin berlaku pada malam ganjil 10 malam terakhir. Antaranya:

  1. Malam 23 Ramadhan
  2. Malam 21 Ramadhan
  3. Malam 27 Ramadhan
  4. Malam 24 Ramadhan
  5. Malam Akhir Bulan Ramadhan

Gunakan waktu 10 Ramadhan Terakhir Ini Dengan Perbanyakkan Amal Ibadah

10 malam terakhirlah waktu untuk anda memperbanyakkan ibadah wajib dan mendekatkan diri dengan Allah SWT. Amat merugikan jika anda tidak mahu mengambil kesempatan yang ada ini dengan melakukan bermacam ibdah sunnah. Sebab itulah ramai yang sanggup bangun malam dan melakukan qiamullail semata-mata mahu mengejar pahala dan mahu bertemu dengan malam Lailatul Qadar.


your advertise here

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post