banner

Tuesday, 12 May 2020

author photo
Pada masa kini, percintaan jarak jauh bukanlah satu perkara yang asing dalam masyarakat kita. Malah, boleh dikatakan kebanyakkan masyarakat kita pada masa sedang melalui hubungan percintaan jarak jauh. Hubungan percintaan jarkj jauh berlaku atas beberapa sebab seperti, bekerja di tempat yang berbeza dan salah seorang pasangan mereka yang sedang melanjutkan pelajaran. Percintaan jarak jauh memerlukan kesabaran yang tinggi dan menguji kesetiaan kita kepada pasangan.
Percintaan Jarak jauh

Macam Mana Nak Buat Hubungan Percintaan Jarak Jauh Boleh Tahan Lama

Kalau kita lihat kebanyakkan mereka yang bercinta jarak jauh ini, kebanyakkan dari mereka mampu bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Sebenarnya, ada beberapa tips yang sangat berguna dana yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk mereka yang bercinta jarak jauh. Antaranya:
1.      Apabila bercinta jarak jauh, anda perlulah sentiasa berhubung antara satu sama lain. Lagipun pada masa kini tidak susah untuk berhubung. Anda boleh menggunakan bermacam teknologi yang disediakan untuk anda berhubung dengan pasangan anda.
2.      Walaupun anda berjauhan dengan pasangan, tetapi anda perlulah menjaga batas pergaulan anda. Elakkan keluar dengan kawan yang berlainan dengan terlalu kerap. Kadang-kala kita tidak tahu ada orang yang berniat tidak baik dan mahu menghancurkan hubungan anda berdua dengan mengirimkan foto anda keluar berdua dengan kawan yang belainan jantina.
Percintaan Jarak jauh


3.      Bercinta jarak jauh ini memerlukan anda saling mempercayai antara satu sama lain dan elakkan sifat cemburu. Ini kerana, sifat cemburu boleh merosakkan hubungan percintaan anda dan pasangan anda.
4.      Berjauhan dari pasangan bukanlah tiket untuk anda berfoya-foya dengan orang lain. Sebaliknya, pada waktu inilah anda perlu belajar setia dan jujur dengan pasangan anda. Kebanyakkan percintaan jarak jauh musnah disebabkan ketidak jujuran pasangan mereka. Jadi, belaku jujurlah dengan pasangan anda walaupun sedang berjauhan.
5.      Walaupun berjauhan, sesekali berjumpalah dengan pasangan anda. Dengan perjumpaan seperti ini akan menghilangkan kerinduan dalam masing-masing. Jangan terlalu sibukkan dengan kerja sampai takde masa nak berjumpa. Nanti, pasangan anda akan menjadi bosan dan seterusnya dia mencari orang lain yang boleh menghilangkan bosannya.

4 Tips Untuk Mengetahui Pasangan Anda Setia Dengan Anda Atau Tidak?

Perkara yang paling merisaukan dalam hubungan percintaan jarak jauh ialah ialah takut pasangan curang dengan kita. Mana tidaknya, apabila berjauhan sudah tentulah mudah untuk si dia melakukan apa sahaja si belakang anda dan sudah tentu si dia merasakan lebih selamat jika berjauhan dengan anda.  Disebabkan, kebanyakkan kes kecurangan berlaku apabila mereka berjauhan dengan pasangan. Sudah tentu anda mahu tahu sama ada pasangan anda curang dengan anda atau tidak? Jadi, pada kali ini admin kongsikan dengan anda tanda-tanda untuk mengetahui pasangan anda curang dengan anda atau tidak?

1.      Biasanya mereka yang setia dengan pasangan, sikapnya tidak akan berubah. Biasanya, kalau dia akan melayani pasangannya dengan baik dan lemah lembut. Tetapi jika tiba-tiba dia berubah menjadi seorang yang suka memarahi anda itu bermaksud berkemungkinan dia sudahh ada pasanganlain.
2.      Biasanya, apabila seseorang itu sedang dilamun cinta, dia akan sentiasa menghubungi pasanganya. Tidak kiralah walau sesibuk manapun dia akan sentiasa mencari waktu untuk menghubungi pasangan dia. Lebih-lebih apabila bercinta jarak jauh, sudah tentu mahu sentiasa menghubungi pasangan untuk menghilangkan rindu. Tetapi kalau tiba-tiba dia langsung tidak menghubungi atau chat dan sering memberi bermacam alasan. Itu bermakna mungkin dia sedang curang dengan anda.
3.      Walau sesibuk mana sekalipun dan sepenat mana sekalipun biasanya dia akan mencari waktu untuk berjumpa dengan anda walupun berjauhan. Tetapi jika dia langsung tidak mahu berjumpa dengan anda, itu bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dengan dia.
4.      Jika seseorang itu menyayangi pasangannya dia akan menjadi seorang yang banyak bercakap. Dia akan berkongsi dengan pasangan dia bermacam perkara. Kalau boleh dia mahu pasangan dia dengar apa yang dia mahu ceritakan. Tetapi kalau tiba dia menjadi seorang yang nak taknak bercakap seorang yang malas nak melayan anda bercerita, mungkin hati dan perasaanya tiada dengan anda.

your advertise here

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post