banner

Saturday 9 May 2020

author photo
Mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia akhirat bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, Neslo panas yakin para ibu bapa di luar sana, pasti mahu mendidik anak cara yang paling. Tetapi untuk mendidik anak pada masa kini sudah tentu mempunyai banyak cabaran dan halangan. Justeru itu, ibu bapa perlulah banyakkan bersabar ketika mahu mendidik anak. Jadi, buat bakal pasangan pengantin anda perlulah belajar ilmu keibubapaan sebelum anda hendak mendirikan mudah. Bila anda sudah ada ilmu keibubapaan nanti mudahlah untuk anda mendidik anak nanti. Betul tak?

Macam Mana Nak Mendidik Anak Dengan Baik?

Mungkin anda tertanya-tanya, macam man nak didik dengan baik? Jadi buat bakal ibu bapa yang nak tahu macam mana untuk didik anak dengan baik, jom baca tipsnya di bawah ini:

Tips Untuk Mendisiplinkan Anak:

Untuk menjadikan anak anda seorang yang berdisiplin ibu bapa boleh jadikan tips di bawah ini sebagai panduan. Antara tipsnya
1-Gunakan komunikasi yang baik ketika mendidik anak supaya dia tahu apa yang anda mahu sampaikan
2-Jangan mendidik anak dengan terlalu keras. Jika terlampau keras ia mungkin boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan mental anak anda.
3-Wujudkan jadual harian dan peraturan untuk anak anda agar mereka tahu batasan yang perlu dijaga. Apabila sudah ditetapkan jadual dan peraturan tersebut, anda perlu pastikan anak anda ikut peraturan yang telah anda tetapkan dengan konsisten dan jangan mengubah-ubah peraturan, supaya anak-anak jelas dan faham apa yang perlu diikuti oleh mereka
4-Dalam mendisiplinkan anda berlulah ada sedikit kasih sayang dan ketegasa. Dengan cara ini barulah anak anda akan hormat anda dan menjadi lebih berdisiplin.
Mendidik Anak

Cara Mendidik Anak Yang Terbaik Untuk Membuatkan Anak Mendengar Cakap Dan Tidak Melawan Setiap Kali Anda Memberi Arahan

Sebenarnya, tidak susah pun untuk membuatkan anak anda mendengar cakap anda. Asalkan anda tahu cara yang terbaik dan cara yang betul untuk membuatkan anak anda mendengar cakap anda. Anda Boleh jadikan cara yang neslo kongsikan di bawah ini sebagai panduan untuk anda. Antaranya:
  1. 1-Sewaktu memberikan arahan elakkan mengunakan ayat negatif. Sebaliknya, gunakan ayat positif untuk memberi arahan dan berikan tunjuk ajar kepada anak anda.
  2. 2-Ketika memberi arahan kepada anak anda, elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil. Ini kerana, mereka sukar untuk memahami apa yang anda cuba sampaikan
  3. 3-Apabila anak anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang telah anda berikan, anda perlulah memberikan mereka hadiah atau ganjaran yang mereka suka. Dengan memberikan ganjaran artau hadiah, ia akan membuatkan anak anda lebih bersemangat untuk membantu anda dan mereka akan mula mendengar semua arahan anda
  4. 4-Sewaktu anda hendak memberikan arahan, pastikan cara anda bercakap dengan anak anda seolah-olah anda bercakap dengan kawan anda. Ini akan membuatkan anak anda mendengar arahan dengan lebih jelas dan faham apa yang cuba anda arahkan


your advertise here

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post