banner

Monday 11 May 2020

author photo

Hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pasti pada waktu ini anda semua sedang sibuk memikirkan bagaimana hendak menghias rumah. Ia supaya rumah kelihatan menarik dan dapat menaikkan lagi mood raya. Walaupun raya pada tahun ini berbeza dengan raya tahun sebelum ini tetapi mood hari raya masih lagi terasa. Cuma yang membezakan raya tahun ini tiada ziarah menzarahi antara satu lain dan tidak boleh pulang ke kampug kerana kita masih lagi berada dala Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat PKPB.

Mood Hari Raya Masih Lagi Terasa
Namun, begitu bahang sambutan hari raya aidilfitri masih lagi terasa. Ada yang sudah mula melakukan persiapan hari raya walaupun dalam keadaan serba sedeerhana. Tapi macam mana nak hias rumah dengan bajet yang tidak besar?? Persoalan seperti ini sudah pasti berlegar-legar dalam pemikiran anda. Mana tidaknya, dalam keadaan sekarang ramai yang mula berjimat cermat. Pada kali ini, Neslo Panas nak berkongsi dengan para pembaca sekalian tips bajet untuk menghias rumah sempena hari raya. Jom baca tipsnya
1-Buat Kraftangan Sendiri

Selain daripada membeli hasil seni, cara yang boleh anda gunakan untuk menjimatkan poket anda adalah dengan anda bole menghasilkan kraftangan anda sendiri. Pada waktu inilah anda boleh gunakan kemahiran anda untuk membuat kraftangan yang cantik-cantik. Anda boleh mencari idea dan inspirasi untuk membuat kraftangan di google atau di Youtube.
2-Beli Di Kedai Bajet
Untuk menjimatkan perbelanjaan mmebeli barang hiasan rumah, anda boleh dapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang sangat murah di kedai bajet seperti MR.DIY atau Daiso. Di sini, anda boleh membeli pelbagai barang hiasan rumah daripada permaidani sehingga ke pasu. Apa yang legi best anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli segala barangan keperluan dan hiasan rumah. Malah anda tidak perlu keluarkan sampai ribuan ringgit sekalipun. Memang sangat jimat.

3-Gunakan Semula Barang Hiasan Raya Yang Lama
Jika anda masih ada simpan perhiasan hari raya yang tahun lepas, apa kata anda gunakan ia semula. Anda mungkin mengubah suai semula barang hiasan lama raya lama anda dengan cara yang lebih kreatif. Tak perlu keluarkan duit untuk beli perhiasan yang baru. Sebaliknya, jika anda pandai mengubah suai perhiasan anda, ia sudah tentu nampak seperti baharu. Duit anda pun jimat. Apa yang penting anda perlu bijak untuk mengubah suai supaya ia kelihatan sangat cantik.

4-Gunakan Semula Perabot Lama
Kalau anda masih lagi mempunyai perabot lama atau langsir lama yang masih elok, seeloknya gunakan ia semula. Untuk membeli barang perabot dan langsir baru bukan satu kos yang rendah. Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang ini dengan ekonomi yang teruk sangat tidak sesuai untuk tukar perabot yang baru. Sebaliknya guna sahaja yang lama sudah tentu lebih jimat.
5-Cat Sendiri Rumah

Kalau anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh membeli cat dan cat rumah anda. Pada masa kini ada bermacam cara yang anda boleh gunakan untuk mengecat rumah supaya rumah anda kelihatan lawa dan kelihatan seperti rumah yang moden. Apa yang penting ialah kreativiti anda.




your advertise here

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post